Pertanian organik adalah satu pertanian mesra alam yang tidak menggunakan baja kimia, racun perosak dan bahan penggalak tumbuhan. Sistem ini bergantung kepada penggunaan bahan organik dalam bentuk kompos, baja hijau atau sungkupan untuk mengekal dan menambahkan kesuburan tanah. Di samping itu pertanian organik mengamalkan kawalan biologi bagi perosak dan rumpai.
Murid sebagai Pegawai Pertanian(R) yang akan menjalankan kajian tentang kepentingan tanaman organik.(G)
Dalam projek ini murid akan mencari maklumat daripada bahan bacaan dan internet. Selain itu murid akan menjalankan lawatan dan temubual dengan mereka yang terlibat dengan secara langsung dengan tanaman organik serta orang ramai untuk mengetahui tahap pengetahuan mereka mengenai isu ini.
Hasil tugasan ini akan dipersembahkan dalam bentuk powerpoint, brosur, pameran dan poster(P) kepada ibu bapa, graduan menganggur, petani dan golongan miskin.(A)
Penilaian berterusan akan berlaku di dalam blog di mana perkongsian masalah dan maklumat akan dikongsi bersama.Bebrapa borang soal selidik turut diedarkan kepada murid untuk melihat sejauh mana pemahaman mereka.(E)
Projek ini berlangsung selama 5 minggu.(D)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan